Monday, 6 April 2015

Pasai apa tak update belog?

Tak ada pun sebab musabab yang kukuh.

Hanya alasan si pemalas semata mata. Koff koff koff.

Mula mula aku terjebak tengok cerita Korea, lepas tu terjebak baca novel e-book, lepas tu terjebak tengok Running Man sampai habis data aku.

Banyak sangat distraction duniawi. Sambil sambil kemas rumah dan homeschool budak budak maka berdebulah belog ni.

Mia tak nak sekolah dah. Burn woo duit pendaftaran segala.
Jadi terpaksalah daku meningkatkan usaha mengajar dia kat rumah.

So far so good, buku Read Easy tu dah masuk buku ketujuh. Matematik pun dah pandai tambah dan tolak.
Bahasa cina jelah kelaut. Balik balik kitorang nyanyi lagu cina yang sama. So tak pastilah jadi ke tak dia sekolah cina.
Sejak akhir akhir ni Mia selalu panggil ku "Your highness"
Ewah terasa royal sangat diriku ini. Kah kah kah.
Royal lah sanggggat.

Imaan macam biasalah dengan pelat dia dengan keganasan dia.
Ganas wooo.
Pantang nampak aku nak bersenang lenang atas katil, terus di henyak henyak aku.
Di buatnya aku ni macam trampoline.

Ni bulan terakhir kot aku duduk kat KL.
End of month akan berhijrah ler kami ke Lumut.
Bercinta gila nak start packing barang.
Dan dan nak pakai duit banyak nilah, bateri kereta kong, mesin basuh rosak.
Time time nilah masing masing nak buat perangai. x__x

Persoalan samada ku akan bekerja balik ke tak kat Lumut nanti, biarlah jadi persoalan dulu.
Mak dah naik lemak jadi homemaker u ols. Ho ho ho ho..
Nantilah mak pikirkan.
Nasib baik mak ada elaun tetap bersadai kat rumah ni.
Tu pun punca punci kelemakan diri ini.
Tak banyak pun. Tapi cukuplah kalau nak memanjakan diri sendiri.
Ditambah pula Imaan suka nau berkepit kehulur kehilir "nak mayi, nak mayi" lagi lerr rasa berat hati nak kembali bekerja.
Tengoklah nanti macam mana.
Izinkan diriku terus berhoneymoon terlebih dahulu.





Wednesday, 21 January 2015

Cerita Kawen Kawen

Betul bila orang cakap nak kawen ni kena cari orang yang sabar dengan keburukan kita.

Bila kita malas. Rumah serak. Laki sabar tengok rumah bersepah.
Masih boleh senyum, gurau gurau dengan kita bila nampak kita membesarkan cerita Korea dari kemas rumah.
Yang sedang kepalanya berserabut tengok benda tak teratur.
Yang cara teguranya bila dia sinsing lengan kemas rumah.
Lalu lalang mengemas depan kita banyak kali.
Saje ambil vacuum, vacuum bawah kaki kita.
Kelentang kelentung kat dapur memasak.
Tu kalau isteri tak faham kena sindir dalam diam tak taulah. Haha

Tak suka dohhh sindiran macam ni. Hohoho
Terus buat aku hilang nikmat nak tengok tv.
Dan dan aku rasa bersalah.
Serangan psikologi.
Ni yang orang panggil gaduh dalam diam.
Tak bergaduh secara verbal tapi bergaduh perasaan.
Lainlah kalau hati kau kebal, buat muka donno je kan.
Terus laki kau menyesal kemas rumahkan.

Tapi belum kawen macam mana nak tengok perempuan tu rajin ke malas? Ini tips mak akulah, sebab dia selalu judge anak anak dia macam ni.

1. Tengok dalam kereta dia. Kalau dalam kereta dia berserak. Kasut bersepah sepah dalam kete. Habuk sampah dalam kereta banyak. Kereta kotor berdano macam dah soploh tahun tak basuh. Besar harapan perempuan ni tak berapa nak rajin.

2. Tengok depan rumah dia. Kasut bersusun ke tak. Ke sepah ke bersusun? Sebab orang yang betul betul pengemas, kasut bersepah pun mata dia dah sakit.

3. Kalau pergi rumah dia, cuba pinjam toilet dia. Kalau toilet dia bersih, licin tanpa kulapuk. Lantai tak berdaki. Perempuan ni jenis yang yang kalau membersih memang jenis yang detail. Harapan perempuan ni pembersih dan pengemas adalah sangat tinggi.

Dan disebabkan mak aku selalu judge orang rajin tak rajin...pembersih tak pembersih cara macam ni membuatkan aku rasa presurre nak menyental bilik air sentiasa.

Sebab aku dah ditanamkan mind-set oleh mak aku kalau bilik air kotor maksudnya aku pengotor  -.-

Tapi dari segi observation aku terhadap tips tips mak aku memang hampir 90% betul.

Kawan kawan aku yang pembersih dan rajin memang betul betul macam list kat atas. Aku selalu failed no 1. So aku kategorikan diri aku 60% pemalas 40%rajin...haha

Kategori yang bila rajin, rajin nau. Bila malas, malas nau.

Yang lelaki pula , kalau nak tengok suami orang tu rajin ke tak. Selalu aku tengok kipas dan tingkap umah dia. Sebab biasanya bersihkan kipas dan cuci tingkap kan keje orang laki. Kalau kipas dengan tingkap dia bersih berkilat ada harapan suami dia ni rajin orangnya. Hahaha....motif sangatkan pergi rumah orang pastu nak belek tingkap kipas umah orang.

Aku dengan laki aku. Almari lain lain kat rumah.

Dia ada almari dia sendiri. Aku ada almari sendiri.

Masing masing urus almari masing masing.

Laki aku memang tak berkenan tengok aku lipat baju.
Yang padahal aku rasa cara aku lipat baju dah habis kemas dah.
Ehhhh takkk.
Dia punya cara lipat baju siap ada 6x6 , 6x8 lah
Sisi kiri kanan mesti semua sebaris sama. Tak boleh ada yang ini lipat besar, itu lipat kecil.
Motippppp sangatkan. Aku pula jenis yang janji lipat.
Tak berkenan cara aku gosok baju.
Tak licin katanya. Gosok kelepet kemeja tak betul. Gosok kelepet seluar tak nampak.
Penyudahnya baju kerja dia. Dia gosok sendiri.
Heee~ selamat mak.

Laki aku pun ada keburukan dia sendiri.

Rumahtangga mana pernah tak bergaduh.
Mana pernah tak bersentap sentapan.
Mana pernah tak tarik muka.
Mana pernah sentiasa bersependapat.
Tak pernah, tidak.
Sesekali mesti pernah. Tak taulah rumahtangga korang.

Tapi selagi bersama tu, maksudnya jodoh masih ada.
Masih boleh tahan keburukan masing masing setakat ini.
Masih boleh senyum bila mengenang keburukan masing masing.
Orang kata masih boleh tolerate dengan kesalahan dan kelemahan masing masing.

Sebab jodoh dan hati kita ni Allah yang pegang. Kalau Allah dah tetapkan jodoh panjang, panjanglah jodohnya.
Kalau jodoh tak panjang, keburukan tu cuma asbab berpisah.
Sebab yang paling akarnya, memang jodoh tak panjang.
Kira kita kalau tuhan takdirkan jodoh tak panjang, janganlah mencanang keburukan bekas pasangan.
Sebab keburukan itulah yang kita sanggup terima masa dalam perkahwinan.
Anggap je jodoh dah tak ada. Yang lain lain tu cuma asbab je.

Tapi kalau kena pukul. Jangan diam je.
Sabar bertempat. Do something.
Tak semestinya bercerai.
Sebab aku kenal juga beberapa pasangan yang laki dia awalanya kaki pukul tapi nampak dah berubah suaminya.
Happy ever after je aku tengok.
Tapi isteri dia bukanlah yang sabar tahap redho kena pukul.
Sabar dan do something. E.g report police and such.
Mungkin agaknya isteri dia sentiasa berdoa supaya suami dia berubah. Maka Allah makbulkan.
Again, hati kita Allah yang pegang.

B, you ada doakan supaya I jadi perajin tak? Hee~















Tuesday, 13 January 2015

Tadika Cina

Serius dah lama sangat tak update belog sampai title pun I tak ada idea dah nak tulis apa.

Kadang kadang benda nak cakap tu banyak je.
Tapi kadang kadang benda yang nak story mory tu sensitip.
Maka, jadi draft jelah.

Bussiness as usual.
Mia dah tadika dah.
Nak update tapi gambar tak amik.
Tak sedap nak bercerita gambo takde.
Tadika Cina kat Kulai.
Kan memula tu ingat nak homeschool je budak budak ni.
Tapi kalau nak sekolah cina kena at least 2 tahun tadika cina.
Maka hantar dia pi tadika cina nak sabitkan belajar mandarin.
Nak mengharapkan I ajar hmmmmm harammm setakat tau "wo ai ni F4"
Korang tau tak F4 tu apo?
Kalau tak tau mungkin korang datang dari zaman kegemilangan Leslie atau Kpop.
Kalau korang baya baya iols masa tu tengah gilakan F4 atau kumpulan Jepun.
Siap suruh kawan cina tuliskan lirik lagu F4 hurup rumi sebab nak karok bila drama F4 tu dah habis , last sekali kan keluar lagi yang F4 (baca F sek) nyanyi.
Pastu berangan kalau anggota F4 ajak iols kawen, I terpaksa cakap kat diorang "U masuk islam dulu baru boleh kawen dengan I"
Punya tinggi verangan retis Taiwan nak kan ngko yang itam khannn. Phuii

Lepas dah survey 4 buah tadika cina maka tertarik dengan tadika yang last.
Yuran pun ok lah. Tak membebankan sangat.
Memang niat nak sekolah kan dia sekolah rendah cina.
Tapi nanti ikut dia jugalah.
Kalau by end of this year tengok dia dah boleh pick up mandarin kita go on kalau tak kita fleksible.
Tapi kalau boleh biarlah dia boleh cakap mandarin.
Senang nanti dia di zaman globalisasi ini.
Kata mencari ilmu sampai ke negeri cina kannn...
Tak dapat ke cina belajar cakap cina pun jadikkk.

Homeschool masih diteruskan.
Sebab kitorang dah terlanjur belajar maka proceed jelah macam biasa.
Petang petang santai santai kita belajar mengira membaca.
Sebelum belajar tu I tanya dia juga " nak belajar ke nak tengok tv" kalau nak tengok tv pi lah tengok tapi audio set mandarin.
Sebab Mak I rasa I macam meng-pressure kan dia.
Tapi dia sendiri cakap nak belajar okeh, bukan iols pressurekan dia. *mode defensive*

So far, Ready Easy dah khatam volume 2, nak masuk volume 3.
Math, menambah (addition) dah boleh buat sikit sikit.
Menulis ~ bolehlah tulisan cakar ayam lagi. Gasak.

Baguslah buku Read Easy tu memang senang nak guna.
Bacalah Anakku belum start lagi.

La ni I gasak tengok youtube basic mandarin.
Sendiri belajar.
Saje laaa kann. Kang Mia tanya I tak tau malu lah I kan. *dasar tak boleh kalah*
Kira I sama sama belajar dengan dia. Pastu gigih pula I beli buku matematik kotak besar belajar menulis cina.
Harap istiqomah lah ye...I ni ada penyakit "hot hot chicken shit"

Hari hari bagitau Mia tak boleh share food dengan kawan kawan sebab kita Islam. Kat teacher and principle dia pun I bagitau diorang juga.
Dia balik sekolah hari hari tanya "ada share food tak dengan friends?" Dia cakap "tak boleh share. Saya orang Islam"
Bagussss
Harap Allah s.w.t pelihara dia kat sekolah. Biar tertutup hati budak bukan Islam nak bagi makanan ke apa kat dia dan tertutup jugalah hati dia nak merasa bekal budak bukan Islam.

Nanti kita update gambar dia pi sekolah ye.






Monday, 29 December 2014

Dulu Versus Sekarang

Apesal tah hujan hujan pagi Selasa ni kan nak belomantik lomatik.

Tetiba je rindu.

Hari hari pun rindu tapi hari ni terlebih rindu.

Pasal bila hantar text via whatapps ada satu check jee dari semalam.. x___x

Drama lah. Orang lain pun seben dia g belayar.

Yelah tau. Tau.

Tak ada orang nak layan iols berwhatapps.

Teringat masa bercinta..hamboiiii...berbual berjam jam dari pukul 10mlm sampai 3 pagi. Pebenda je yang korang berbual tu. Hari hari pulakkk. Pastu Hotlink pula time tu tengah ada promotion yang RM2 unlimited call from 12am - 7am khannnn. Dah habis habis berbual tu korang bermesej pula. Masa tu tak ada whatapps lagi.

Sekarang berbual maximum pun 20 minit.

"B, kejap Imaan berak B nak gi cebok dia jap. Bye" Tak romantik langsungggg. Potong stim betul tau budak ni.

Dulu " B, I dah nak tidur ni. I loveeee youuu sayang..Alaaaa, U lah letak phone dulu...I miss you too...Ok,esok nanti kita berbual lagi kay...I loveeee youu baby...Ok,ok I love you moreee...Alaaa, U lah letak phone dulu (ulang script ni 5 x baru akhirnya perbualan tamat) " yang mendengar rasa macam  'Hoiii nak makan penyepak tak'...Hewhewhew...Haa manalah tak berbual berjam jam kan. Closure pun nak makan 20 minit.

Setiap jam mesej tanya dah makan ke belum. Tengah buat apa. Macamlah orang tu makan setiap jam. Bila orang tu jawab tengah buat kerja , ko pun reply "oh sorry kacau" pastu sentap dalam hati khannn. Tapi ko juga yang tanya dia tengah buat apa. Sebab sebenarnya ko mengharapkan dia reply "tengah tak buat apa apa" errrr motippp sangat orang bercinta ni kan.


Lepas tu berbual dalam tipon stok volume rendah gila memang orang yang duduk sebelah ko gerenti tak dengar ko cakap apa. Yang pentinggg boipren ko tu dengar pula ye suara ko yang sloww tu.

Sekarang "Ish u cakap apa ni sayang. Tak dengarlah cuba cakap tu kuat sikit. Apa...apa..ya allah tak dengarlah. Malaslah nak berbual macam ni" Teet teet teet.

Pastu dulu kejap kejap nak friend finder pasangan uols kan. Saja lettewww nak mencari jalan gaduh. Padahal kadang kadang lokasi friend finder ni bukanlah tepat sangat. Bila dah dapat tau lokasi buat buat mesej

"Sayang, u kat mana?"

"I kat bilik" reply boipren

"Betul ke u kat bilik?" Saja nak psycho si boipren

"Betullah. U tengah buat apa tu ?"

"U jangan nak tukar topik ye. I tau u bukan kat bilik. U pergi karoke kan. U pergi dengan siapa. Ada perempuan lain ikut kan. U kenapa nak tipu I? U dah tak cintakan I kan. Jangan mesej I lagi. Kita putus"

Padahal laki kome tu memang kat bilik tengah maka  meggi. Kahkahkah

Pastu dah lerr ngko mintak putus tapi setiap 5 minit check tipon ada tak boipren ngko reply.

Gitu lerrr orang bercinta kan. Kadang kadang rasa bila ingat ingat macam nak bagi pelempang dekat diri sendiri pun ada.

------------------------------------------------------------------------------------------------

We all miss u here Daddy. Though sometimes we not texting you as frequent as you wish but we miss you a lot here.

Can't wait to be together again everyday like a real family ♥




Sunday, 28 December 2014

NH Detoxlim Clenx Tea ~ Bagus Untuk Detox ♥

2 3 menjak ni memang tak ada mood sikit nak update belog.
Mengenangkan nasib penduduk di pantai timur yang sedang diduga dengan musibah. Semoga mereka tabah, sabar dan dipermudahkan segalan bantuan untuk membantu mereka.

Post sebelum ni I ada cerita yang I minum Clenx Tea.

Ni bukan entry sponsored ye tapi Clenx Tea disponsor oleh aunty iols Mdm Norzila yang tak pernah jemu nak tengok anak sedara dia ni kurus.

Review NH Detoxlim Clenx Tea ni memang hasil dari percubaan iols.

Sungguh uols kerja nak pi toilet je. Tapi tak adalah sekerap macam kena cerry berry tapi 3-4 kali jugalah ke toilet sehari.

Ringan je lepas tu rasanya perut ni. Rasa macam eh dah kurus 2 kilo **exxegerate sangatkan** hewhewhew

Tapi memang best. Organic. Bila buat tea ni tak payah nak letak gula. Biar je dia plain. Rasa dia memang tawarlah tapi masih boleh diterima tekak. Satu beg tea ni I buat satu jug air terus.



I pula memang jenis susah nak minum air terutama air masak. Tapi paksa jugalah sampai habis satu jug ni. Pastu layan 2 botol air masak.

NH Detoxlim Clenx Tea ni boleh dapat dekat Watson atau Guardian. Price range dalam RM29.90 ~ RM50.00 bergantung kepada isi kotak dia.

Rasa berat macam stagnan je sebab..emm..emm iols pi makan roti canai dekat Barkat. Roti telur dia sedap gileee ah. Sampai rumah terus laju laju minum clenx tea konon konon nak bagi roti canai keluar balik.

I ada jumpa weight lost tracker dekat google store. Semangat sikit nak lose weight ni sebab nak pastikan goal untuk hilang at least 12 kilo tercapai by July 2015. Walaupun masa makan roti canai tadi terlupa pasal goal nih!! Lepas dah kenyang baru teringat...hmmm tak apa jangan putus asa..petang ni dah tak payah makan carbs apa apa. Ratah sup ayam je. Dah kenyang baru nak cakap jangan putus asa tadi masa lapar menggelupur nak makan roti canai...

Tengok tu BMI overweight okeh. Ermmm tapi tengok kat cermin macam ok je badan ni. Hoihhh kalau duduk belly bum bum tu tahap dah boleh berlaga dengan peha tak kan BMI tu underweight pula.

Semoga I beristiqomah dalam mengawal makan ni. Nak jogging ke running tak susah, nak jaga makan ni ya allah memang mentally challenge ah.


Friday, 26 December 2014

My Weight Loss Journey Part #1


Kalau korang perasan lately err past 2 years ni iols memang non hadooo upload gambo full body...sebab badan membesar bagaikan johan!!!! Oh sedar juga ngko rupanya ye ingatkan dah tak sedar tadikkkk. Sedar sedar pun laju je sumbat mulut dengan donut Jco Minmin bawa semalam khannnnn...

Though iols living in denial...bila tengok cermin cakap kat diri sendiri "ehh tak adalah gemuk sangat aku ni so-so je" perghhhhh so-so katanya memang ko punya konpiden diri tinggi cecah everestkan.

Terlebih lagi bila tanya Zuna "B, I dah gemuk lah B" and seben jawab "Eh, tak adalah u tak gemuk pun" (nak jaga hati lettew) terus laju je iols ajak Zuna gi makan nasi ayam. Nampak tak betapa tak ada kesedaran dirinya kat situu. Pastu bila baca surat Mah tu tau pulak ko takut gemuk kan..hewhewhew

My best weight masa tahun 2009.. hasil usaha keras berdiet tak makan nasi or basically macam tak berapa makan langsung. Berat badan dari 59kg berjaya diturunkan kepada 50kg dalam masa sebulan. Seriouss wehh...tapi masa tu iols makan Duromine. Duromine ni ubat kawalan actually untuk orang diabetes. How it works? Dia akan mengawal otak dari mereleasekan hormon "lapar" adalah nama saintifik dia masalah nak guggle, u ols pi google sendirik. So korang tak rasa lapar langsung. Bertenaga sesajo. Perut pun tak growling. Hebat tak hebat penagan Duromin nih. Tapiiii emosi tak stabil, asyik nak marah je. Baran tak tentu pasal. Masa ambil duromine ni memang langsung tak sentuh nasi at all. So bila dah dapat 50kg i stop ambil duromine but then bila otak dah merembeskan rasa lapar terus makan nasi tak henti sampai sekarang. Lolzzz

                Jaman kekurusan..masa ni berat 50kg sahajo

Perghhhh perut tu flat okeh...idol ler macam sekarang ni. Boleh tak iols nak salahkan sebab bersalin? Hahaha...hoi orang lain pun bersalin tapi selim melim jek!!



Ambil gambar side body pun masa ni steadddyyy jek. Masa ni badan rasa ringan dan perasan hot je masa ni. Phuiii..gambar i angkat besen kuning masa iols belajar and keje part time bakery kat UKM. Masa tu gaji sejam cuma RM2.80...huhuhuhu...i keje dengan mamyto farahanis masa ni.

Masa I keje kat Maxis badan dah start bertambah. Tapi tak lah severe sangat paling gemuk pun dalam 57kg. Sekarangggg berat badan dah 69.2kg....omaigooodddd...ko makan ibu roti ke apa ain??

Lepas Imaan lahir badan turun 63kg which early pregnancy start dengan 59kg...lepas dah 2 tahun berat jadikk 69kg which ini adalah berat masa iols mengandungkan Imaan masa 9 bulan...now berat macam orang mengandung 9 bulan tapi hanyalah mengandungi lemak sahajooo....



   Gambar yang menunjukkan badan yang mengembang dengan kadar eksponen!

So azam tahun 2015, walaupun iols tahun ni adalah azam tahun lepas yang tak berjaya dilunaskan, IOLS BERAZAM UTK TURUNKAN BERAT BADAN!!!!!

So now, I control my carbs intake and try no to take rice, bread atau apa apa carbs. Tapi sekali sekala boleh lah kott nak makan nasi ayam penyet yang sedap dekat restoren D'Takzim tu...totappp pikir pasal makan khaaaannnnnn. X__X

Insyallah kali ni nak lebih konsisten. Nak bersenam dengn lebih kerapp. So far hari ni berjaya tidak makan nasi...hehe..tak makan bihun ke apo. Ratah lauk sahajo. Malam kang nak gi gym dalam usaha menurunkan berat badan dan meningkatkan kefit-nesan katanya. And this time around Iols memang nak turunkan badan secara alami gitueww. Tak nak makan ubat kurus ke, minuman kurus, krim kurus ke apo. Memang nak semata dari pengawalan pengambilanan makanan dan senaman. Kalau minum cleansing tea pun hanya sekadar assist berry berry je. Sebab iols tak nak keciwa bila dah tak ambil benda benda menguruskan ni pastu berat naik balik. So this time lets do it naturally ♥♥

I will try to update my progression from time to time. Hewhewhew , dengan harapan adalah lemak yang berjaya nyah dari badanku.



Ok lets keep swimming, just keep swimming, swimming, swimming, swimming ~ Nemo

Thursday, 25 December 2014

Benda Paling Bagus Buat Biasanya Benda Paling Susah Nak Buat...

Tetiba je kan u ols post hari ni benda yang serius. Sambil baca buat muka serius okeh semorang..

Korang pernah tak ada hari hari rasa macam "everything went wrong like fu***** sh** " tapi korang tak cakap kuat kuatlah , korang mengeram dalam hati. Iols kan bajet pompuan suci tak pandai mencarut kang cakap kuat kuat kang terjejas pula personaliti tv3 mak. Phuiii...Tapiiii, bila everything went wrong sebab nak menjerit tak dapat korang dok menghempas hempas barang macam barang tu ada dosa dengan uols pulak kan. Errr ke i sorang je macam tu?

Senario macam
   Di pagi hari Ahad, pagi Senin korang ada meeting dengan client. Bos wassap "Nurain, please dress at your level best tomorrow" errr bos I Mama Cheetah okies of course will dress at my level best. *tolak cermin mata naik ke batang hidung* sambil reply "will do bos ^-^" siap letak emoticon senyum simpul lagi. Konon bajet dijamin bereh boh! Habis reply instead pergi sediakan barang kerja from head to toe esok ngko sambung tengok Criminal Minds back-to-back. Kaki silang panggung. End up tertidur depan tv.

   Esok nya terbangun pukul 6 pagi. Schedule keluar rumah pukul 630pagi. Laju laju pergi mandi. Pakai office attire veryyy the profesional women sambil ngko perasan ni kalau client tengok ni memang dia outsource call centre kat company ngko kerja pastu ko pun bangga sebab ko lah punca dapat tender tu..pas dah dapat tender hasil impression dari ngko, ngko pun dah draf surat mintak naik gaji dalam kapla*senyum senyum verangan depan cermin* sekaliiiii nak pakai shawl anak tudung ninja tak jumpa. Gelabah dah start datang.Dah lambat dah ni. Shawl yang matching dengan office suit pula kain jenis sheer kalau tak pakai inner mampuih nampak leher , dah tak syariah compliant pulak. Ko dah start geram dalam hati pasal tak sediakan baju semalam. Mood dah start nak lari. End up ko sarung tudung ala fareed instant yang langsung dah tak match dengan baju.

   Sekaliii teringat baju dengan susu pampers anak tak pack lagiii..arghhhh dah 630pagi dah ni kalau tak keluar sekarang for sure jammed macam nak _____(sila isi) . Stress dah datang. Ko dah makin geram dengan dengan diri sendiri. Sauk apa yang patut masuk dalam beg nursery anak. Dukung anak lari lari masuk kereta. Start kete. Drop anak rumah pengasuh. Sambil minta maaf dengan pengasuh kot ada yang tak cukup. Masuk KL jalan dah start jammed tambah malang bila tong minyak menyala pastu keluar pulak dash dash dash - - - Panik datang takut kete mati atas jalan. Stress meningkat sebab ko takut lewat sampai opis. Next petrol pump after tol LDP. Ko dok tepuk tepuk streng sambil kejap kejap tengok jam.

   Dengan konpiden ko lalu lorong Smart Tag sekaliiiii malang berganda baki tak mengcukupi. Time ni dah rasa nak nanges..Ko menyesal semalam tak top up masa dekat Watson..pagi pagi orang dah hon. Ko grab phone nak bgtau bos yang ko mungkin lewat ~ courtesy katanya....sekaliii handphone mati battery sebab lepas ko reply wasap bos ko lupa nak charge handphone gasak membesarkan tv. Ko dah makin cuak.

  Pergi tuang minyak. Top up Touch n Go. Akhirnya ko datang lambat setengah jam. Meeting dah start and muka ko nampak stress instead semalam masa ko bersilang panggung membayang betapa gojesnya ko dalam meeting room dengan muka glowy macam tertelan satu jar collagen. Ko verangan kalau client tanya "oh dear u look so glowy, what is your secret?" Ko dah bajet nak jawab "ohh nothing just air wudhuk giving me nur cahaya maam" **serious boleh tampar laju laju** and when your boss ask "nurain, please handout the proposal to our client" ko dok korek korek beg sekali ko teringat ko sumbat dalam beg nursery...maka mendapatlah ko pada hari tu.

    Stress tak stress jadiknya hari senin. Sebab apa? Sebab membesarkan malas. Malas itu memang ada harga. Harga dia besar kecik bergantung betapa importantnya hari tersebut.

As much as I can I want my day to sailing smooth painlessly. Omputih panggil self-dicipline. Your routine your self dicipline will help you a loootttt to maintain your sanity, control your stress and in this scenario secured your career and profesionalism. Yup, I learnt a lot from my mistake and day by day I try my best to improve my self dicipline and organization masa I kerja dulu. And yes, it does help me a lot to control my stress level and jump up my happiness as well as my leadership.

Everytime I dapat follow routine kat bawah memang iols terasa begitu champiooon sekali. Memang insyallah sailing smooth giler my day. Stress pun kurang. Sampai opis boleh siap sarapan lagi lek lek kacang. Ada juga 1 or 2 item terbabas kadang kadang, pastu errr start lah stress mencanak naik. Jangan pandang remeh to-do list. Bila iols dapat check one item by one item as done perghhh perasaan satisfaction memang tak terungkap.


Though career I dah bertukar menjadi domestic goddess I still rasa to do list memang sangat penting. Especially nowdays I homeschool anak anak kat rumah and pi gym to try to reduce my body weight. Bila ada hari yang slack off seriously rasa demotivated giler ah. Rasa macam hari ko tu tak produktif langsung. Entry ni untuk iols juga sebenarnya .... hey, Nurain the Elf come on bebeh wake up and find your routine!!!!


Kredit : Pintrest

Baikkkkk pergi buat to do list untuk hari ni....