Monday, 29 December 2014

Dulu Versus Sekarang

Apesal tah hujan hujan pagi Selasa ni kan nak belomantik lomatik.

Tetiba je rindu.

Hari hari pun rindu tapi hari ni terlebih rindu.

Pasal bila hantar text via whatapps ada satu check jee dari semalam.. x___x

Drama lah. Orang lain pun seben dia g belayar.

Yelah tau. Tau.

Tak ada orang nak layan iols berwhatapps.

Teringat masa bercinta..hamboiiii...berbual berjam jam dari pukul 10mlm sampai 3 pagi. Pebenda je yang korang berbual tu. Hari hari pulakkk. Pastu Hotlink pula time tu tengah ada promotion yang RM2 unlimited call from 12am - 7am khannnn. Dah habis habis berbual tu korang bermesej pula. Masa tu tak ada whatapps lagi.

Sekarang berbual maximum pun 20 minit.

"B, kejap Imaan berak B nak gi cebok dia jap. Bye" Tak romantik langsungggg. Potong stim betul tau budak ni.

Dulu " B, I dah nak tidur ni. I loveeee youuu sayang..Alaaaa, U lah letak phone dulu...I miss you too...Ok,esok nanti kita berbual lagi kay...I loveeee youu baby...Ok,ok I love you moreee...Alaaa, U lah letak phone dulu (ulang script ni 5 x baru akhirnya perbualan tamat) " yang mendengar rasa macam  'Hoiii nak makan penyepak tak'...Hewhewhew...Haa manalah tak berbual berjam jam kan. Closure pun nak makan 20 minit.

Setiap jam mesej tanya dah makan ke belum. Tengah buat apa. Macamlah orang tu makan setiap jam. Bila orang tu jawab tengah buat kerja , ko pun reply "oh sorry kacau" pastu sentap dalam hati khannn. Tapi ko juga yang tanya dia tengah buat apa. Sebab sebenarnya ko mengharapkan dia reply "tengah tak buat apa apa" errrr motippp sangat orang bercinta ni kan.


Lepas tu berbual dalam tipon stok volume rendah gila memang orang yang duduk sebelah ko gerenti tak dengar ko cakap apa. Yang pentinggg boipren ko tu dengar pula ye suara ko yang sloww tu.

Sekarang "Ish u cakap apa ni sayang. Tak dengarlah cuba cakap tu kuat sikit. Apa...apa..ya allah tak dengarlah. Malaslah nak berbual macam ni" Teet teet teet.

Pastu dulu kejap kejap nak friend finder pasangan uols kan. Saja lettewww nak mencari jalan gaduh. Padahal kadang kadang lokasi friend finder ni bukanlah tepat sangat. Bila dah dapat tau lokasi buat buat mesej

"Sayang, u kat mana?"

"I kat bilik" reply boipren

"Betul ke u kat bilik?" Saja nak psycho si boipren

"Betullah. U tengah buat apa tu ?"

"U jangan nak tukar topik ye. I tau u bukan kat bilik. U pergi karoke kan. U pergi dengan siapa. Ada perempuan lain ikut kan. U kenapa nak tipu I? U dah tak cintakan I kan. Jangan mesej I lagi. Kita putus"

Padahal laki kome tu memang kat bilik tengah maka  meggi. Kahkahkah

Pastu dah lerr ngko mintak putus tapi setiap 5 minit check tipon ada tak boipren ngko reply.

Gitu lerrr orang bercinta kan. Kadang kadang rasa bila ingat ingat macam nak bagi pelempang dekat diri sendiri pun ada.

------------------------------------------------------------------------------------------------

We all miss u here Daddy. Though sometimes we not texting you as frequent as you wish but we miss you a lot here.

Can't wait to be together again everyday like a real family ♥




No comments:

Post a Comment