Friday, 26 December 2014

My Weight Loss Journey Part #1


Kalau korang perasan lately err past 2 years ni iols memang non hadooo upload gambo full body...sebab badan membesar bagaikan johan!!!! Oh sedar juga ngko rupanya ye ingatkan dah tak sedar tadikkkk. Sedar sedar pun laju je sumbat mulut dengan donut Jco Minmin bawa semalam khannnnn...

Though iols living in denial...bila tengok cermin cakap kat diri sendiri "ehh tak adalah gemuk sangat aku ni so-so je" perghhhhh so-so katanya memang ko punya konpiden diri tinggi cecah everestkan.

Terlebih lagi bila tanya Zuna "B, I dah gemuk lah B" and seben jawab "Eh, tak adalah u tak gemuk pun" (nak jaga hati lettew) terus laju je iols ajak Zuna gi makan nasi ayam. Nampak tak betapa tak ada kesedaran dirinya kat situu. Pastu bila baca surat Mah tu tau pulak ko takut gemuk kan..hewhewhew

My best weight masa tahun 2009.. hasil usaha keras berdiet tak makan nasi or basically macam tak berapa makan langsung. Berat badan dari 59kg berjaya diturunkan kepada 50kg dalam masa sebulan. Seriouss wehh...tapi masa tu iols makan Duromine. Duromine ni ubat kawalan actually untuk orang diabetes. How it works? Dia akan mengawal otak dari mereleasekan hormon "lapar" adalah nama saintifik dia masalah nak guggle, u ols pi google sendirik. So korang tak rasa lapar langsung. Bertenaga sesajo. Perut pun tak growling. Hebat tak hebat penagan Duromin nih. Tapiiii emosi tak stabil, asyik nak marah je. Baran tak tentu pasal. Masa ambil duromine ni memang langsung tak sentuh nasi at all. So bila dah dapat 50kg i stop ambil duromine but then bila otak dah merembeskan rasa lapar terus makan nasi tak henti sampai sekarang. Lolzzz

                Jaman kekurusan..masa ni berat 50kg sahajo

Perghhhh perut tu flat okeh...idol ler macam sekarang ni. Boleh tak iols nak salahkan sebab bersalin? Hahaha...hoi orang lain pun bersalin tapi selim melim jek!!



Ambil gambar side body pun masa ni steadddyyy jek. Masa ni badan rasa ringan dan perasan hot je masa ni. Phuiii..gambar i angkat besen kuning masa iols belajar and keje part time bakery kat UKM. Masa tu gaji sejam cuma RM2.80...huhuhuhu...i keje dengan mamyto farahanis masa ni.

Masa I keje kat Maxis badan dah start bertambah. Tapi tak lah severe sangat paling gemuk pun dalam 57kg. Sekarangggg berat badan dah 69.2kg....omaigooodddd...ko makan ibu roti ke apa ain??

Lepas Imaan lahir badan turun 63kg which early pregnancy start dengan 59kg...lepas dah 2 tahun berat jadikk 69kg which ini adalah berat masa iols mengandungkan Imaan masa 9 bulan...now berat macam orang mengandung 9 bulan tapi hanyalah mengandungi lemak sahajooo....



   Gambar yang menunjukkan badan yang mengembang dengan kadar eksponen!

So azam tahun 2015, walaupun iols tahun ni adalah azam tahun lepas yang tak berjaya dilunaskan, IOLS BERAZAM UTK TURUNKAN BERAT BADAN!!!!!

So now, I control my carbs intake and try no to take rice, bread atau apa apa carbs. Tapi sekali sekala boleh lah kott nak makan nasi ayam penyet yang sedap dekat restoren D'Takzim tu...totappp pikir pasal makan khaaaannnnnn. X__X

Insyallah kali ni nak lebih konsisten. Nak bersenam dengn lebih kerapp. So far hari ni berjaya tidak makan nasi...hehe..tak makan bihun ke apo. Ratah lauk sahajo. Malam kang nak gi gym dalam usaha menurunkan berat badan dan meningkatkan kefit-nesan katanya. And this time around Iols memang nak turunkan badan secara alami gitueww. Tak nak makan ubat kurus ke, minuman kurus, krim kurus ke apo. Memang nak semata dari pengawalan pengambilanan makanan dan senaman. Kalau minum cleansing tea pun hanya sekadar assist berry berry je. Sebab iols tak nak keciwa bila dah tak ambil benda benda menguruskan ni pastu berat naik balik. So this time lets do it naturally ♥♥

I will try to update my progression from time to time. Hewhewhew , dengan harapan adalah lemak yang berjaya nyah dari badanku.



Ok lets keep swimming, just keep swimming, swimming, swimming, swimming ~ Nemo

2 comments: