Sunday, 28 December 2014

NH Detoxlim Clenx Tea ~ Bagus Untuk Detox ♥

2 3 menjak ni memang tak ada mood sikit nak update belog.
Mengenangkan nasib penduduk di pantai timur yang sedang diduga dengan musibah. Semoga mereka tabah, sabar dan dipermudahkan segalan bantuan untuk membantu mereka.

Post sebelum ni I ada cerita yang I minum Clenx Tea.

Ni bukan entry sponsored ye tapi Clenx Tea disponsor oleh aunty iols Mdm Norzila yang tak pernah jemu nak tengok anak sedara dia ni kurus.

Review NH Detoxlim Clenx Tea ni memang hasil dari percubaan iols.

Sungguh uols kerja nak pi toilet je. Tapi tak adalah sekerap macam kena cerry berry tapi 3-4 kali jugalah ke toilet sehari.

Ringan je lepas tu rasanya perut ni. Rasa macam eh dah kurus 2 kilo **exxegerate sangatkan** hewhewhew

Tapi memang best. Organic. Bila buat tea ni tak payah nak letak gula. Biar je dia plain. Rasa dia memang tawarlah tapi masih boleh diterima tekak. Satu beg tea ni I buat satu jug air terus.



I pula memang jenis susah nak minum air terutama air masak. Tapi paksa jugalah sampai habis satu jug ni. Pastu layan 2 botol air masak.

NH Detoxlim Clenx Tea ni boleh dapat dekat Watson atau Guardian. Price range dalam RM29.90 ~ RM50.00 bergantung kepada isi kotak dia.

Rasa berat macam stagnan je sebab..emm..emm iols pi makan roti canai dekat Barkat. Roti telur dia sedap gileee ah. Sampai rumah terus laju laju minum clenx tea konon konon nak bagi roti canai keluar balik.

I ada jumpa weight lost tracker dekat google store. Semangat sikit nak lose weight ni sebab nak pastikan goal untuk hilang at least 12 kilo tercapai by July 2015. Walaupun masa makan roti canai tadi terlupa pasal goal nih!! Lepas dah kenyang baru teringat...hmmm tak apa jangan putus asa..petang ni dah tak payah makan carbs apa apa. Ratah sup ayam je. Dah kenyang baru nak cakap jangan putus asa tadi masa lapar menggelupur nak makan roti canai...

Tengok tu BMI overweight okeh. Ermmm tapi tengok kat cermin macam ok je badan ni. Hoihhh kalau duduk belly bum bum tu tahap dah boleh berlaga dengan peha tak kan BMI tu underweight pula.

Semoga I beristiqomah dalam mengawal makan ni. Nak jogging ke running tak susah, nak jaga makan ni ya allah memang mentally challenge ah.


No comments:

Post a Comment