Wednesday, 21 January 2015

Cerita Kawen Kawen

Betul bila orang cakap nak kawen ni kena cari orang yang sabar dengan keburukan kita.

Bila kita malas. Rumah serak. Laki sabar tengok rumah bersepah.
Masih boleh senyum, gurau gurau dengan kita bila nampak kita membesarkan cerita Korea dari kemas rumah.
Yang sedang kepalanya berserabut tengok benda tak teratur.
Yang cara teguranya bila dia sinsing lengan kemas rumah.
Lalu lalang mengemas depan kita banyak kali.
Saje ambil vacuum, vacuum bawah kaki kita.
Kelentang kelentung kat dapur memasak.
Tu kalau isteri tak faham kena sindir dalam diam tak taulah. Haha

Tak suka dohhh sindiran macam ni. Hohoho
Terus buat aku hilang nikmat nak tengok tv.
Dan dan aku rasa bersalah.
Serangan psikologi.
Ni yang orang panggil gaduh dalam diam.
Tak bergaduh secara verbal tapi bergaduh perasaan.
Lainlah kalau hati kau kebal, buat muka donno je kan.
Terus laki kau menyesal kemas rumahkan.

Tapi belum kawen macam mana nak tengok perempuan tu rajin ke malas? Ini tips mak akulah, sebab dia selalu judge anak anak dia macam ni.

1. Tengok dalam kereta dia. Kalau dalam kereta dia berserak. Kasut bersepah sepah dalam kete. Habuk sampah dalam kereta banyak. Kereta kotor berdano macam dah soploh tahun tak basuh. Besar harapan perempuan ni tak berapa nak rajin.

2. Tengok depan rumah dia. Kasut bersusun ke tak. Ke sepah ke bersusun? Sebab orang yang betul betul pengemas, kasut bersepah pun mata dia dah sakit.

3. Kalau pergi rumah dia, cuba pinjam toilet dia. Kalau toilet dia bersih, licin tanpa kulapuk. Lantai tak berdaki. Perempuan ni jenis yang yang kalau membersih memang jenis yang detail. Harapan perempuan ni pembersih dan pengemas adalah sangat tinggi.

Dan disebabkan mak aku selalu judge orang rajin tak rajin...pembersih tak pembersih cara macam ni membuatkan aku rasa presurre nak menyental bilik air sentiasa.

Sebab aku dah ditanamkan mind-set oleh mak aku kalau bilik air kotor maksudnya aku pengotor  -.-

Tapi dari segi observation aku terhadap tips tips mak aku memang hampir 90% betul.

Kawan kawan aku yang pembersih dan rajin memang betul betul macam list kat atas. Aku selalu failed no 1. So aku kategorikan diri aku 60% pemalas 40%rajin...haha

Kategori yang bila rajin, rajin nau. Bila malas, malas nau.

Yang lelaki pula , kalau nak tengok suami orang tu rajin ke tak. Selalu aku tengok kipas dan tingkap umah dia. Sebab biasanya bersihkan kipas dan cuci tingkap kan keje orang laki. Kalau kipas dengan tingkap dia bersih berkilat ada harapan suami dia ni rajin orangnya. Hahaha....motif sangatkan pergi rumah orang pastu nak belek tingkap kipas umah orang.

Aku dengan laki aku. Almari lain lain kat rumah.

Dia ada almari dia sendiri. Aku ada almari sendiri.

Masing masing urus almari masing masing.

Laki aku memang tak berkenan tengok aku lipat baju.
Yang padahal aku rasa cara aku lipat baju dah habis kemas dah.
Ehhhh takkk.
Dia punya cara lipat baju siap ada 6x6 , 6x8 lah
Sisi kiri kanan mesti semua sebaris sama. Tak boleh ada yang ini lipat besar, itu lipat kecil.
Motippppp sangatkan. Aku pula jenis yang janji lipat.
Tak berkenan cara aku gosok baju.
Tak licin katanya. Gosok kelepet kemeja tak betul. Gosok kelepet seluar tak nampak.
Penyudahnya baju kerja dia. Dia gosok sendiri.
Heee~ selamat mak.

Laki aku pun ada keburukan dia sendiri.

Rumahtangga mana pernah tak bergaduh.
Mana pernah tak bersentap sentapan.
Mana pernah tak tarik muka.
Mana pernah sentiasa bersependapat.
Tak pernah, tidak.
Sesekali mesti pernah. Tak taulah rumahtangga korang.

Tapi selagi bersama tu, maksudnya jodoh masih ada.
Masih boleh tahan keburukan masing masing setakat ini.
Masih boleh senyum bila mengenang keburukan masing masing.
Orang kata masih boleh tolerate dengan kesalahan dan kelemahan masing masing.

Sebab jodoh dan hati kita ni Allah yang pegang. Kalau Allah dah tetapkan jodoh panjang, panjanglah jodohnya.
Kalau jodoh tak panjang, keburukan tu cuma asbab berpisah.
Sebab yang paling akarnya, memang jodoh tak panjang.
Kira kita kalau tuhan takdirkan jodoh tak panjang, janganlah mencanang keburukan bekas pasangan.
Sebab keburukan itulah yang kita sanggup terima masa dalam perkahwinan.
Anggap je jodoh dah tak ada. Yang lain lain tu cuma asbab je.

Tapi kalau kena pukul. Jangan diam je.
Sabar bertempat. Do something.
Tak semestinya bercerai.
Sebab aku kenal juga beberapa pasangan yang laki dia awalanya kaki pukul tapi nampak dah berubah suaminya.
Happy ever after je aku tengok.
Tapi isteri dia bukanlah yang sabar tahap redho kena pukul.
Sabar dan do something. E.g report police and such.
Mungkin agaknya isteri dia sentiasa berdoa supaya suami dia berubah. Maka Allah makbulkan.
Again, hati kita Allah yang pegang.

B, you ada doakan supaya I jadi perajin tak? Hee~















1 comment: