Tuesday, 13 January 2015

Tadika Cina

Serius dah lama sangat tak update belog sampai title pun I tak ada idea dah nak tulis apa.

Kadang kadang benda nak cakap tu banyak je.
Tapi kadang kadang benda yang nak story mory tu sensitip.
Maka, jadi draft jelah.

Bussiness as usual.
Mia dah tadika dah.
Nak update tapi gambar tak amik.
Tak sedap nak bercerita gambo takde.
Tadika Cina kat Kulai.
Kan memula tu ingat nak homeschool je budak budak ni.
Tapi kalau nak sekolah cina kena at least 2 tahun tadika cina.
Maka hantar dia pi tadika cina nak sabitkan belajar mandarin.
Nak mengharapkan I ajar hmmmmm harammm setakat tau "wo ai ni F4"
Korang tau tak F4 tu apo?
Kalau tak tau mungkin korang datang dari zaman kegemilangan Leslie atau Kpop.
Kalau korang baya baya iols masa tu tengah gilakan F4 atau kumpulan Jepun.
Siap suruh kawan cina tuliskan lirik lagu F4 hurup rumi sebab nak karok bila drama F4 tu dah habis , last sekali kan keluar lagi yang F4 (baca F sek) nyanyi.
Pastu berangan kalau anggota F4 ajak iols kawen, I terpaksa cakap kat diorang "U masuk islam dulu baru boleh kawen dengan I"
Punya tinggi verangan retis Taiwan nak kan ngko yang itam khannn. Phuii

Lepas dah survey 4 buah tadika cina maka tertarik dengan tadika yang last.
Yuran pun ok lah. Tak membebankan sangat.
Memang niat nak sekolah kan dia sekolah rendah cina.
Tapi nanti ikut dia jugalah.
Kalau by end of this year tengok dia dah boleh pick up mandarin kita go on kalau tak kita fleksible.
Tapi kalau boleh biarlah dia boleh cakap mandarin.
Senang nanti dia di zaman globalisasi ini.
Kata mencari ilmu sampai ke negeri cina kannn...
Tak dapat ke cina belajar cakap cina pun jadikkk.

Homeschool masih diteruskan.
Sebab kitorang dah terlanjur belajar maka proceed jelah macam biasa.
Petang petang santai santai kita belajar mengira membaca.
Sebelum belajar tu I tanya dia juga " nak belajar ke nak tengok tv" kalau nak tengok tv pi lah tengok tapi audio set mandarin.
Sebab Mak I rasa I macam meng-pressure kan dia.
Tapi dia sendiri cakap nak belajar okeh, bukan iols pressurekan dia. *mode defensive*

So far, Ready Easy dah khatam volume 2, nak masuk volume 3.
Math, menambah (addition) dah boleh buat sikit sikit.
Menulis ~ bolehlah tulisan cakar ayam lagi. Gasak.

Baguslah buku Read Easy tu memang senang nak guna.
Bacalah Anakku belum start lagi.

La ni I gasak tengok youtube basic mandarin.
Sendiri belajar.
Saje laaa kann. Kang Mia tanya I tak tau malu lah I kan. *dasar tak boleh kalah*
Kira I sama sama belajar dengan dia. Pastu gigih pula I beli buku matematik kotak besar belajar menulis cina.
Harap istiqomah lah ye...I ni ada penyakit "hot hot chicken shit"

Hari hari bagitau Mia tak boleh share food dengan kawan kawan sebab kita Islam. Kat teacher and principle dia pun I bagitau diorang juga.
Dia balik sekolah hari hari tanya "ada share food tak dengan friends?" Dia cakap "tak boleh share. Saya orang Islam"
Bagussss
Harap Allah s.w.t pelihara dia kat sekolah. Biar tertutup hati budak bukan Islam nak bagi makanan ke apa kat dia dan tertutup jugalah hati dia nak merasa bekal budak bukan Islam.

Nanti kita update gambar dia pi sekolah ye.






3 comments:

  1. bagus kan..tadika,sekolah cina..kalau pandai bahasa cina senang nk berkomunikasi dgn dorang..budak2 cina rajin2 n pandaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Pn Azizah :) harap harap dapatlah dia SJKC sebab principle dia kata nak masuk SJKC ni pun Tadika akan bagi surat untuk recommend atau tidak

      Delete
  2. Assalamualaikum bole share tadika yg u survey? I To sent my son. Tq. Karma 0192104298

    ReplyDelete