Monday, 6 April 2015

Pasai apa tak update belog?

Tak ada pun sebab musabab yang kukuh.

Hanya alasan si pemalas semata mata. Koff koff koff.

Mula mula aku terjebak tengok cerita Korea, lepas tu terjebak baca novel e-book, lepas tu terjebak tengok Running Man sampai habis data aku.

Banyak sangat distraction duniawi. Sambil sambil kemas rumah dan homeschool budak budak maka berdebulah belog ni.

Mia tak nak sekolah dah. Burn woo duit pendaftaran segala.
Jadi terpaksalah daku meningkatkan usaha mengajar dia kat rumah.

So far so good, buku Read Easy tu dah masuk buku ketujuh. Matematik pun dah pandai tambah dan tolak.
Bahasa cina jelah kelaut. Balik balik kitorang nyanyi lagu cina yang sama. So tak pastilah jadi ke tak dia sekolah cina.
Sejak akhir akhir ni Mia selalu panggil ku "Your highness"
Ewah terasa royal sangat diriku ini. Kah kah kah.
Royal lah sanggggat.

Imaan macam biasalah dengan pelat dia dengan keganasan dia.
Ganas wooo.
Pantang nampak aku nak bersenang lenang atas katil, terus di henyak henyak aku.
Di buatnya aku ni macam trampoline.

Ni bulan terakhir kot aku duduk kat KL.
End of month akan berhijrah ler kami ke Lumut.
Bercinta gila nak start packing barang.
Dan dan nak pakai duit banyak nilah, bateri kereta kong, mesin basuh rosak.
Time time nilah masing masing nak buat perangai. x__x

Persoalan samada ku akan bekerja balik ke tak kat Lumut nanti, biarlah jadi persoalan dulu.
Mak dah naik lemak jadi homemaker u ols. Ho ho ho ho..
Nantilah mak pikirkan.
Nasib baik mak ada elaun tetap bersadai kat rumah ni.
Tu pun punca punci kelemakan diri ini.
Tak banyak pun. Tapi cukuplah kalau nak memanjakan diri sendiri.
Ditambah pula Imaan suka nau berkepit kehulur kehilir "nak mayi, nak mayi" lagi lerr rasa berat hati nak kembali bekerja.
Tengoklah nanti macam mana.
Izinkan diriku terus berhoneymoon terlebih dahulu.





1 comment:

  1. lahhhh... pindah lagi ke ain? mmg jdk bini askar ni, kne eksesais angkut barang. ekekekekekeke *pnglmn anak askar*

    ReplyDelete